Thursday, February 27, 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA':BUKU KAJIAN WACANA


Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak

'KELUARGA'

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2014). Wacana bahasa. Terengganu: Penerbit UMT.

Di sebuah Kampung Sentosa, terdapat sebuah keluarga yang sederhana tetapi bahagia iaitu keluarga Aisyah. Keluarga Aisyah dilengkapi dengan ibu bapa, kakak, abang dan seorang orang adik lelaki. Aisyah merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik itu. walaupun ibu dan bapanya sibuk bekerja setiap hari, Aisyah akan sentiasa menolong ibu dan bapanya dalam menguruskan kerja di rumah. setiap hujung minggu, apabila bangun pada waktu pagi Aisyah akan menolong ibunya  menjemur kain di ampaian dengan dibantu oleh kakaknya iaitu Kak Siti. Kak Siti selalu menasihatkan adiknya untuk ringan tulang membantu ibunya apabila ibu bapa mereka bekerja. pada waktu petang pula, Aisyah akan menolong kakaknya memasak bagi menyediakan makan petang kepada adiknya yang lain. Apabila tiba pada waktu malam, Aisyah akan membantu adiknya mengulang kaji pelajaran di ruang bacaan sebelum masuk tidur. Aisyah seorang yang patuh dan hormat kepada orang tua. oleh itu, dia disayangi oleh kedua ibu bapanya. Aisyah juga seorang yang baik dan pemurah kerana dia selalu membantu rakannya apabila memerlukan bantuan dari segi kewangan. Aisyah sentiasa bertutur dengan kata-kata yang baik terhadap ibu bapa, abang, kakak dan adik-adiknya. sikapnya yang berbudi pekerti ini menyebabkan dia disayangi oleh kedua ibu bapanya dan juga adik-beradiknya yang lain. Aisyah sangat sayang akan ibu dan bapanya, adik-beradik dan saudaranya yang lain. Mereka sentiasa ada bersama Aisyah sewaktu susah dan senang apabila Aisyah memerlukan mereka. Kesimpulannya, walau apapun yang terjadi kita perlu mendahulukan ahli keluarga berbanding orang lain. 







No comments:

Post a Comment