Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog


Menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami
8. Dapat berkomunikasi  dengan pembaca
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Untuk menghasilkan blog yang baik, tajuk yang dipilih mestilah tajuk yang menarik  yang boleh menarik perhatian pembaca. Hal ini kerana, untuk membaca sesuatu blog kita akan melihat tajuk terlebih dahulu. Sekiranya, tajuk sesuatu blog itu menarik sudah tentu ia akan menarik minat pembaca untuk membaca blog tersebut. Selain itu, cerita yang dihasilkan juga perlulah cerita yang menarik yang dapat menarik perhatian pembaca. Penulis perlu mengenal pasti golongan sasaran pembaca. ini bagi memastikan cerita yang dihasilkan sesuai untuk seseorang pembaca. Selain itu, penulis blog juga perlu memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka. Hal ini kerana dapat menarik minat pembaca untuk membaca sesuatu blog. Tambahan pula ayat humor dan berbentuk jenaka ini merupakan ayat yang kreatif untuk menarik minat pembaca untuk membaca. Seterusnya, penulis perlu memastikan  terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan. Sesuatu hujah yang diberikan mestilah mempunyai pengukuhan seperti bukti sama ada daripada kajian ataupun pendapat tokoh. Di samping itu, penulisan juga perlu dikaitkan dengan berita terkini. Ini bagi memastikan blog yang dihasilkan tidak ketinggalan zaman dan mengikut isu semasa terkini. Perkataan dan struktur ayat yang digunakan juga perlu ringkas dan tidak berbelit-belit. ini bagi memudahkan pembaca untuk memahami sesuatu cerita yang ditulis. Penulis juga perlu menggunakan perkataan yang gramatis dalam penulisan supaya dapat menarik minat pembaca untuk membaca dan memahami dengan mudah. Penulis perlu menghasilkan cerita yang dapat berkomunikasi dengan pembaca agar dapat menarik minat pembaca untuk membaca. Penulisan juga hendaklah mempunyai moral dan nilai estetika agar penulisan yang dihasilkan dapat memberi pengajaran kepada pembaca. Akhir sekali, penulisan yang dihasilkan dapat memberi ilmu pengetahuan baharu kepada pembaca yang membaca sesuatu blog.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2014), Eh!! Media Sosial Noraien Mansor, Normaliza Abd Rahim (2019)

No comments:

Post a Comment