Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

 CERITA SOSIAL 1: NENEK DAN DATUK

Alim sekeluarga pulang ke kampung nenek dan datuknya yang terletak  di Kajang. Alim mempunyai dua nenek dan dua datuk. Nenek dan datuk sebelah ibu Alim tinggal di Kajang manakala nenek dan datuk sebelah bapa Alim tinggal di Melaka. Alim suka bermain dengan ayam dan itik nenek dan datuknya di kampung. Setelah sampai di kampung, Alim tercari –cari  ayam dan itik tetapi tidak dijumpai olehnya. Alim berasa sangat sedih dan marah lalu menangis. Alim tidak tahu mengapa ayam dan itik tiada di kampung. Nenek dan datuk Alim tiba – tiba berlari mendapatkan Alim yang sedang menangis di tepi reban. Datuk dan nenek bertanya kepada Alim mengapa dia menangis. Alim menyangka ayam dan itik sudah mati kerana tiada di dalam reban. Nenek menunjuk ke arah sekumpulan ayam dan itik di dalam reban yang baru dibuat oleh datuk. Reban baharu itu terletak 50 meter dari reban lama. Selepas itu, Alim berhenti menangis dan berjalan dengan nenek ke arah reban baharu. Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim terus masuk ke rumah datuk dan neneknya. Alim menjadi keliru melihat keadaan rumah datuk dan neneknya yang berlainan daripada biasa. Alim sedih dan terus menangis. Alim menyangka rumah datuk sudah tiada. Nenek memujuk Alim dengan membawanya berjalan-jalan keliling  rumah sambil bercerita. Setelah itu, Alim berhenti menangis dan duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang, kakak dan adiknya. Ibu dan bapa serta datuk dan nenek sedih melihat kelakuan Alim hari ini yang tiba-tiba menangis tanpa sebab. Suasana kampung yang berlainan daripada biasa membuatkan Alim sekeluarga lebih rapat.

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. ( 2014) Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT.

No comments:

Post a Comment