Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abdul Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan blog iaitu Pengajian Kesusasteraan, Pembelajaran bahasa dan Pembelajaran Multimedia. Keputusan kajian bagi penulisan blog di dalam Pengajian Kesusasteraan menunjukkan bahawa responden suka menulis pantun di blog mereka. selain itu, kebanyakan responden wanita dalam kajian ini, suka membaca pantun berunsur romantik kerana mereka membayangkan pantun berkenaan didedikasikan untuk mereka. responden juga suka menulis cerpen pendek dalam blog. responden menyatakan bahawa menulis cerpen pendek membolehkan mereka berlatih menggunakan bahasa. di samping itu, responden juga suka menulis skrip dalam blognya. ini kerana responden memperoleh keyakinan dengan menulis skrip dalam bahasa sasaran. responden turut bermotivasi apabila mereka tahu skrip mereka dibaca oleh orang lain melalui blog. seterusnya, keputusan kajian bagi penulisan blog dalam pembelajaran bahasa menunjukkan responden suka menulis surat di dalam blognya, responden menyatakan bahawa dengan menulis surat, ia membantu meningkatkan keyakinan mereka untuk menulis. selain itu, responden sangat berminat menulis teka-teki di dalam blognya. responden suka menulis teka-teki untuk orang ramai menyelesaikannya dan teruja serta terkejut apabila menerima komen daripada orang lain berkaitan teka-teki responden menyatakan bahawa mereka menggunakan blog untuk menulis secara peribadi di samping untuk meluahkan perasaan. kebanyakan responden lelaki tidak begitu peduli untuk membaca blog rakan mereka tetapi lebih suka menulis berkenaan perasaan mereka terhadap permainan bola sepak atau berkenaan kehidupan di universiti. akhir sekali, keputusan kajian bagi penulisan blog dalam pembelajaran multimedia menunjukkan responden teruja untuk menyiarkan klip video di dalam blog mereka. tambahan pula, video yang mereka pilih merupakan kegemaran mereka dan mereka juga menonton video daripada blog rakan mereka. selain itu, responden sangat suka meletakkan audio di blog mereka. responden juga menyatakan mereka menyukai lagu sentimental namun berbeza dengan responden lelaki yang menyatakan lagu tekno boleh membuatkan mereka berfikir dengan aktif dan menulis dengan kreatif. selain itu, responden juga sangat teruja untuk menyiarkan gambar di blog. gambar dalam blog membantu responden meningkatkan motivasi mereka untuk menulis dengan lebih banyak.
Rujukan/Bibliografi
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
No comments:
Post a Comment