Friday, March 6, 2020

BBM3410Stu2020: ASAS GRAFIK


Elemen asas grafik terbahagi kepada lima iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.

1. Mudah
    Mudah merujuk kepada apabila seseorang melihat sesuatu gambar atau foto, mereka mudah untuk      memahami gambar atau foto tersebut. Mudah juga dilihat apabila mesej yang ingin disampaikan          oleh suatu gambaran dapat difahami dengan mudah oleh seseorang tanpa keraguan atau kekeliruan.
    Contohnya, sekeping foto sebuah rumah banglo berwarna kuning yang terletak di atas bukit.                seseorang yang melihat foto tersebut akan faham bahawa foto itu ialah sebuah rumah berwarna            kuning.

2. Warna
    Warna merujuk kepada gabungan beberapa warna ataupun satu warna dalam sesuatu gambar atau        video. pemilihan warna pada sesuatu gambar atau video ditentukan berdasarkan mesej yang ingin        disampaikan.
    contohnya, sekeping foto sebuah basikal yang berwarna merah dan disertai dengan latar belakang        sawah berwarna hijau. terdapat warna awan berwarna jingga menunjukkan waktu senja. foto ini          jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang memfokuskan basikal, sawah dan awan.

3. Teks
    Pemilihan jenis dan saiz font perlulah sesuai bagi tujuan pemahaman terhadap grafik. mesej yang        ditulis dengan baik mestilah menggunakan teks yang sesuai untuk menggambarkan persepsi                terhadap grafik tersebut.
    contohnya, iklan produk kecantikan disertai dengan teks "Jelita tanpa mengira usia" memberi              persepsi tentang produk kecantikan itu. teks tersebut perlulah ditulis dengan besar dan                          menggunakan jenis font yang sesuai untuk menarik minat pembeli untuk membelinya.

4. Kesesuaian
    Grafik yang dipilih mestilah sesuai dengan latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat              dalam foto ataupun video. elemen yang digunakan juga mestilah bersesuaian dengan tema dan            latar yang digunakan.
    contohnya, beberapa orang kanak-kanak sedang bermain bola sepak di padang dengan berkaki            ayam serta raut wajah mereka yang sedang ketawa. langit yang hampir gelap menunjukkan                  waktu sudah senja.

5. Keseimbangan
    Ruang yang terdapat dalam foto perlulah seimbang sama ada ruang di kiri dan kanan serta atas dan      bawah. grafik perlulah disusun seimbang sama ada berada di kiri ataupun kanan supaya grafik            dapat disampaikan dengan baik.
    contohnya, ruang sebelah kiri gambar terdapat lima batang pokok kelapa seimbang dengan                  beberapa buah rumah perkampungan nelayan di sebelah kanan gambar. di sebelah atas pula                terdapat awan  yang luas berwarna biru serta sekawan burung yang sedang berterbangan manakala      di sebelah bawah pula terdapat padang rumput berwarna hijau yang luas. maka, lima batang pokok      kelapa seimbang dengan beberapa buah rumah perkampungan nelayan serta awan seimbang                dengan rumput yang luas.




Rujukan :
Multimedia dalam Bahasa. (2019).  Normaliza Abd Rahim. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
 

No comments:

Post a Comment