Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa


Bahagian A



Rujukan : Multimedia dalam Bahasa. (2019). Normaliza Abd Rahim. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Bahagian B

Rule of Thirds adalah teknik fotografi yang sangat penting. hal ini kerana, teknik ini boleh digunakan untuk mana-mana subjek bagi meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Penggunaan rule of third juga penting kerana ia dapat membuat sesuatu imej yang merupakan sesuatu komunikasi visual menjadi lebih efektif atau erti kata lain mempunyai kekuatan dan jelas fokusnya. selain itu, penggunaan teknik ini juga mampu menghasilkan gambar atau imej yang akan menjadi lebih fokus dan bertenaga. Hal ini kerana, gambar dapat diambil dengan lebih fokus pada empat titik utama atau dikenali sebagai 'titik kuasa'. seterusnya, penggunaan rule of third ini juga penting kerana gambar imej yang diambil bukan sahaja terletak pada titik kuasa tetapi boleh juga diambil di sekitar titik kuasa tersebut. 


Rujukan : Multimedia dalam Bahasa. (2019). Normaliza Abd Rahim. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

No comments:

Post a Comment