Thursday, April 30, 2020

BBM3410Satu2020: RULE OF THIRD (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)


Swafoto merupakan aktiviti bergambar untuk diri atau bersama orang lain dengan menggunakan kamera telefon bimbit ataupun kamera. gambar diambil secara swafoto ini boleh menggunakan teknik rule of third. hal ini kerana, semasa mengambil gambar, seseorang akan melakukannya dengan melihat melalui pemidang titik atau dalam paparan LCD yang digunakan untuk merangka paparan. selain itu, seseorang dapat mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej. selain itu, gambar swafoto yang diambil menggunakan teknik rule of third ini dapat menghasilkan gambar yang lebih efektif dan menarik. ini kerana, semasa membingkai gambar, seseorang itu akan memikirkan unsur gambar yang paling penting untuk diletakkan pada garisan dan persimpangan grid. seterusnya, semasa mengambil gambar swafoto juga seseorang yang sedang mengambil gambar akan bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik.




Rule of third merupakan teknik fotografi yang penting. penggunaan teknik rule of third ini juga boleh digunakan untuk mana-mana subjek bagi meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. selain itu, gambar swafoto yang diambil menggunakan teknik ini adalah lebih baik kerana gambar yang terhasil kelihatan lebih menarik. Di samping itu, subjek utama juga boleh diletakkan pada pelbagai posisi dan bukan di tengah sahaja. 

Rujukan : Multimedia dalam bahasa. (2019). Normaliza Abd Rahim. Penerbit Universiti Putra Malaysia





No comments:

Post a Comment