Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2010: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini


BAHAGIAN B

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
                                                                                            (Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti  agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
                                                             (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)


Huraian (Normaliza Abd Rahim,2014)
Apabila seseorag pelajar itu menulis sesuatu cerita secara individu, ia dapat memberi kesan yang tidak baik semasa proses penulisan. hal ini kerana, cerita yang ditulis mungkin tidak dapat menarik pembaca. mereka tidak dapat meluahkan perasaan mereka kepada orang lain semasa menulis sesuatu cerita. selain itu, cabaran besar yang perlu dihadapi oleh seseorang individu semasa menulis cerita a ialah mereka tidak yakin dengan penulisan cerita yang ditulis. mereka juga berfikiran negatif apabila orang lain membaca penulisan mereka. ini secara tidak langsung menyebabkan mereka menjadi sukar untuk menulis cerita lagi. 

Huraian (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)
Semasa proses pembelajaran bahasa, pelajar akan lebih fokus apabila terlibat secara langsung dalam sesuatu aktiviti. hal ini kerana, mereka dapat berkomunikasi secara bersemuka dan menjadikan mereka lebih mudah faham. selain itu, jika mereka tidak faham dengan aktiviti yang diberikan mereka dapat bertanya secara langsung. penglibatan secara terus dalam sesuatu aktiviti ini juga sangat penting kerana ia dapat mengelakkan berlaku salah faham dalam pengajaran. di samping itu, penglibatan ini juga dapat menghilangkan rasa kebosanan kepada pelajar kerana mereka dapat melakukan aktiviti secara beramai-ramai bukan secara individu.


Rujukan : Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu



No comments:

Post a Comment