Melalui cerita sosial 2 ini, saya mendapati terdapat tiga nilai yang dipaparkan. Antara nilai yang terdapat dalam cerita sosial 2 ialah nilai pemurah, kerajinan dan baik hati. nilai pertama adalah pemurah. saya mendapati terdapat nilai pemurah pada diri Alim kerana dia suka berkongsi makanan dengan jirannya. semasa pulang ke kampung keluarga Alim telah membawa pulang buah-buahan. Namun, sebelum Alim makan buah tersebut dia telah bertanya kepada ibunya untuk memberi buah tersebut kepada jirannya iaitu Sulaiman. nilai ini dapat dilihat pada ayat " ibu dan bapa selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik. selain itu, nilai kerajinan. nilai kerajinan ini dapat dilihat apabila selepas makan buah-buahan tersebut Alim menolong abang, kakak dan ibunya yang sedang mengemas rumah. nilai kerajinan ini dapat dilihat apabila Alim membuang sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah di luar rumah. akhir sekali, nilai baik hati. Alim seorang yang baik hati kerana dia sanggup berkawan dengan anak Mak Cik Timah iaitu Sulaiman. hal ini kerana, walaupun dia tinggal di bandar namun dia tidak sombong dab tetap berkawan dengan anak Mak Cik Timah yang tingga di kampung. nilai ini dapat dilihat pada ayat " Mak Cik Timah gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman.
Rujukan: Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi (2019). Normaliza Abd Rahim. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment