Thursday, February 27, 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA':BUKU KAJIAN WACANA


Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak

'KELUARGA'

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2014). Wacana bahasa. Terengganu: Penerbit UMT.

Di sebuah Kampung Sentosa, terdapat sebuah keluarga yang sederhana tetapi bahagia iaitu keluarga Aisyah. Keluarga Aisyah dilengkapi dengan ibu bapa, kakak, abang dan seorang orang adik lelaki. Aisyah merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik itu. walaupun ibu dan bapanya sibuk bekerja setiap hari, Aisyah akan sentiasa menolong ibu dan bapanya dalam menguruskan kerja di rumah. setiap hujung minggu, apabila bangun pada waktu pagi Aisyah akan menolong ibunya  menjemur kain di ampaian dengan dibantu oleh kakaknya iaitu Kak Siti. Kak Siti selalu menasihatkan adiknya untuk ringan tulang membantu ibunya apabila ibu bapa mereka bekerja. pada waktu petang pula, Aisyah akan menolong kakaknya memasak bagi menyediakan makan petang kepada adiknya yang lain. Apabila tiba pada waktu malam, Aisyah akan membantu adiknya mengulang kaji pelajaran di ruang bacaan sebelum masuk tidur. Aisyah seorang yang patuh dan hormat kepada orang tua. oleh itu, dia disayangi oleh kedua ibu bapanya. Aisyah juga seorang yang baik dan pemurah kerana dia selalu membantu rakannya apabila memerlukan bantuan dari segi kewangan. Aisyah sentiasa bertutur dengan kata-kata yang baik terhadap ibu bapa, abang, kakak dan adik-adiknya. sikapnya yang berbudi pekerti ini menyebabkan dia disayangi oleh kedua ibu bapanya dan juga adik-beradiknya yang lain. Aisyah sangat sayang akan ibu dan bapanya, adik-beradik dan saudaranya yang lain. Mereka sentiasa ada bersama Aisyah sewaktu susah dan senang apabila Aisyah memerlukan mereka. Kesimpulannya, walau apapun yang terjadi kita perlu mendahulukan ahli keluarga berbanding orang lain. 







Monday, February 24, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi


1) Long shot

Gambar di bawah menunjukkan asas fotografi long shot. gambar ini melibatkan pemandangan di sebuah tasik dan pemandangan manusia yang sedang berada di sebuah tasik. long shot diambil dalam jarak yang jauh dari kamera. gambar tersebut jelas kelihatan dengan gambaran keseluruhan. gambar long shot digunakan untuk situasi yang memerlukan pemahaman terhadap seluruh paparan.



2) Medium shot

Gambar di bawah menunjukkan asas fotografi yang menggunakan medium shot, dimana melibatkan pemandangan yang memperlihatkan latar belakang gambar.  gambar kedua menunjukkan pemandangan manusia di sebuah tasik yang diambil dengan jarak dekat. ini kerana, medium shot diambil dalam jarak yang hampir dengan kamera. wajah seseorang lebih menyerlah berbanding dengan long shot. latar belakang dalam gambar tersebut boleh kelihatan untuk medium shot.



3) Potrait

Gambar di bawah menunjukkan asas fotografi potrait. gambar ini menunjukkan dua sisi yang berbeza. potrait merupakan gambar yang berfokus dalam jarak yang dekat. gambar potrait lebih jelas diambil dalam studio yang tertutup kerana studio menyediakan lampu khas yang cukup untuk setiap gambar yang jelas dan cantik. 



4) Mug shot

Gambar di bawah menunjukkan asas fotografi yang menggunakan mug shot. gambar ini memenuhi kesemua kriteria mug shot. kesemua model melakukan dua ekspresi muka yang berbeza. mug shot merupakan gambar yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya memfokuskan bahagian muka. tujuan mug shot adalah untuk mempamerkan raut wajah dengan cara yang terperinci dan wajah itu mudah dikenali oleh orang ramai.



Najmi - Mug shot



Haikal - Mug shot



Alia - Mug shot



Irah -Mug shot



Hasni -Mug shot



iskandar - Mug shot



Munirah - Mug shot


 Syifa - Mug shot



Nurin - Mug shot



Shafika - Mug shot

6) Close-up

Gambar di bawah menunjukkan asas fotografi close -up. ini kerana, gambar diambil dalam jarak yang dekat dan memfokuskan gambar muka seseorang dan benda. close-up digunakan untuk tujuan menunjukkan wajah seseorang dengan jelas dan orang yang diambil gambar bersedia untuk mengambil gambar.







BBM3410Satu2020: Ulasan Tugasan Asas Grafik


Ini merupakan gambar ahli kumpulan kami yang diambil setelah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Prof pada hari tersebut.


Gambar ini merupakan hasil semakan tugasan kumpulan kami oleh Prof Normaliza. Terima kasih Prof kerana memberi pujian terhadap hasil tangan daripada ahli-ahli kumpulan kami.

BBM3410Satu:Blanket Test 2.0 Soalan dan Jawapan


soalan 1 : Terangkan asas fotografi yang terdapat dalam gambar tersebut?

Jawapan 1 : Gambar tersebut menggunakan asas fotografi potrait. gambar tersebut lebih kelihatan jelas diambil. potrait diambil dalam jarak yang dekat untuk mempamerkan wajah yang beremosi seseorang.

Soalan 2 : Jelaskan asas fotografi yang digunakan dalam gambar ini?

Jawapan 2 :  Asas fotografi yang digunakan adalah mug shot. hal ini demikian kerana foto atau gambar yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya memfokuskan pada bahagian muka. Mug shot mempamerkan pada bahagian raut wajah dengan lebih jelas supaya dikenali oleh orang ramai.

Soalan 3 : Huraikan asas fotografi yang berkaitan dengan gambar tersebut?

Jawapan 3 : Gambar yang digunakan adalah close-up  yang merupakan salah satu asas fotografi. close-up diambil dalam jarak yang dekat untuk memfokuskan muka seseorang. ianya diambil dengan lighting yang jelas

Thursday, February 20, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM


SINOPSIS CERITA SOSIAL 2 : SAYA YANG ISTIMEWA 

Pada hari ahad yang lalu, bapa Alim telah membawa pulang banyak buah-buahan yang dibeli di Pasar Tani. Bapa Alim tahu bahawa anaknya sangat gemar makan buah-buahan tempatan. mereka sekeluarga makan bersama-sama buah-buahan yang dibeli di Pasar Tani itu. semasa mereka sedang makan, Alim tiba-tiba bertanya kepada ibunya untuk berkongsi buah-buahan itu kepada Sulaiman. bagi Alim ibu dan bapanya selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik. ibunya memuji tindakan Alim itu kerana mengingati pesan ibu bapa. ibu Alim segera mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah dan menyuruh Alim untuk memberi buah itu kepada Sulaiman. selepas mengambil plastik merah yang berisi buah rambutan dan manggis, Alim berlari ke rumah Sulaiman untuk menyerahkan buah tersebut. Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim. selepas itu, Alim berlari semula mendapatkan keluarganya sambil tersenyum. semasa membuang sampah kulit buah-buahan, Alim terserempak dengan ibu Sulaiman dan ibunya berterima kasih kepada Alim. Alim merupakan seorang anak yang baik kerana selalu mengingati pesan ibu dan bapanya. 

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. ( 2014) Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT.


BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH


Gambar di atas menerangkan beberapa manfaat atau kelebihan medial sosial dalam kelas bahasa. Antara kelebihan penggunaan media sosial adalah dapat memudahkan proses pembelajaran akademik pelajar. selain itu, sebagai platform kepada pelajar untuk mengakses maklumat. seterusnya, menarik minat pelajar dalam pembelajaran bahasa. di samping itu, meningkatkan komunikasi antara rakan sebaya dan pengajar serta dapat mengakses maklumat dengan cepat dan mudah.

Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik





Proses pertama bermula apabila kumpulan kami berbincang untuk memilih lima gambar daripada majalah. Gambar tersebut perlu mengandungi lima elemen asas grafik. Antara elemen asas grafik ialah mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Selepas memilih gambar tersebut, kami perlu mendapat persetujuan daripada Prof. Dr. Normaliza binti Abd Rahim untuk meluluskan gambar yang dipilih. 




Proses kedua diteruskan apabila kami perlu memotong huruf dan nombor yang terdapat di dalam majalah. huruf dan nombor yang dipotong tersebut perlu dicantum untuk dijadikan nama kumpulan, nama ahli kumpulan dan nombor matrik. 




Proses seterusnya adalah menampal gambar yang dipilih di atas mouting board. kami perlu memotong gambar yang dipilih dengan saiz yang lebih kecil daripada saiz A4 bagi memastikan gambar lebih menarik. kami juga menebuk lubang pada bahagian atas mouting board bagi  mencantum kelima-lima gambar menggunakan riben.




  
Inilah hasil kerja kami...

BBM3410Satu2020:Blanket test

    Soalan 1    : Terdapat berapa ayat dalam teks?
    Jawapan 1 : 4 ayat

    Soalan 2    :  Sila terangkan satu elemen asas grafik yang berkaitan dengan gambar ini.
    Jawapan 2 : Keseimbangan. Di dalam gambar itu, di bahagian atas terdapat warna langit yang                                 cerah dan diseimbangkan dengan warna laut yang gelap di bawah. di bahagian kanan                           pula, kedudukan resort adalah rawak dan diseimbangi dengan resort di sebelah kiri                               yang padat. Malah, di sebelah kiri juga terdapat sebuah bot yang juga mengimbangi                             resort yang padat itu.

Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Video

BBM3410Satu2020: Grafik

BBM3410Satu2020: Keluarga

Tiba masanya anda mengenali ahli keluarga saya. Keluarga saya merupakan sebuah keluarga yang berkehidupan sederhana. Namun begitu, saya gembira kerana memiliki keluarga yang bahagia. Alhamdulillah saya mempunyai umi dan abah yang sangat penyayang dan juga memahami kehendak kami empat adik-beradik. saya merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik. saya mempunyai seorang abang, seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Abang saya berumur 25 tahun, adik perempuan saya berumur 21 tahun manakala adik lelaki bongsu saya berumur 15 tahun. Kami berempat dididik dengan penuh kasih sayang. Nama abah ialah Samsuddin bin Dollah manakala nama umi ialah Noriah binti Abdul Majid. Abah dilahirkan pada 14 Jun 1968 manakala umi dilahirkan pada 4 november 1975.  Abah dan umi merupakan insan yang sangat saya sanjungi kerana tanpa mereka berdua sudah pasti saya tidak akan berada di UPM pada harini. Berbekalkan kerja keras abah yang tidak pernah berputus bagi menyara kami sekeluarga telah  memberi galakan kepada saya untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya. sejak saya kecil sehinggalah dewasa abahlah yang menjadi tulang belakang kami sekeluarga. umi seorang yang penyayang dan mengambil berat terhadap kami semua. apabila saya mempunyai masalah, saya lebih lebih selesa bercerita kepada umi kerana umi mempunyai lebih banyak masa terluang bersama saya. umi banyak memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang saya berada di UPM.


BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

 CERITA SOSIAL 1: NENEK DAN DATUK

Alim sekeluarga pulang ke kampung nenek dan datuknya yang terletak  di Kajang. Alim mempunyai dua nenek dan dua datuk. Nenek dan datuk sebelah ibu Alim tinggal di Kajang manakala nenek dan datuk sebelah bapa Alim tinggal di Melaka. Alim suka bermain dengan ayam dan itik nenek dan datuknya di kampung. Setelah sampai di kampung, Alim tercari –cari  ayam dan itik tetapi tidak dijumpai olehnya. Alim berasa sangat sedih dan marah lalu menangis. Alim tidak tahu mengapa ayam dan itik tiada di kampung. Nenek dan datuk Alim tiba – tiba berlari mendapatkan Alim yang sedang menangis di tepi reban. Datuk dan nenek bertanya kepada Alim mengapa dia menangis. Alim menyangka ayam dan itik sudah mati kerana tiada di dalam reban. Nenek menunjuk ke arah sekumpulan ayam dan itik di dalam reban yang baru dibuat oleh datuk. Reban baharu itu terletak 50 meter dari reban lama. Selepas itu, Alim berhenti menangis dan berjalan dengan nenek ke arah reban baharu. Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim terus masuk ke rumah datuk dan neneknya. Alim menjadi keliru melihat keadaan rumah datuk dan neneknya yang berlainan daripada biasa. Alim sedih dan terus menangis. Alim menyangka rumah datuk sudah tiada. Nenek memujuk Alim dengan membawanya berjalan-jalan keliling  rumah sambil bercerita. Setelah itu, Alim berhenti menangis dan duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang, kakak dan adiknya. Ibu dan bapa serta datuk dan nenek sedih melihat kelakuan Alim hari ini yang tiba-tiba menangis tanpa sebab. Suasana kampung yang berlainan daripada biasa membuatkan Alim sekeluarga lebih rapat.

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. ( 2014) Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT.

Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog


Menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami
8. Dapat berkomunikasi  dengan pembaca
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Untuk menghasilkan blog yang baik, tajuk yang dipilih mestilah tajuk yang menarik  yang boleh menarik perhatian pembaca. Hal ini kerana, untuk membaca sesuatu blog kita akan melihat tajuk terlebih dahulu. Sekiranya, tajuk sesuatu blog itu menarik sudah tentu ia akan menarik minat pembaca untuk membaca blog tersebut. Selain itu, cerita yang dihasilkan juga perlulah cerita yang menarik yang dapat menarik perhatian pembaca. Penulis perlu mengenal pasti golongan sasaran pembaca. ini bagi memastikan cerita yang dihasilkan sesuai untuk seseorang pembaca. Selain itu, penulis blog juga perlu memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka. Hal ini kerana dapat menarik minat pembaca untuk membaca sesuatu blog. Tambahan pula ayat humor dan berbentuk jenaka ini merupakan ayat yang kreatif untuk menarik minat pembaca untuk membaca. Seterusnya, penulis perlu memastikan  terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan. Sesuatu hujah yang diberikan mestilah mempunyai pengukuhan seperti bukti sama ada daripada kajian ataupun pendapat tokoh. Di samping itu, penulisan juga perlu dikaitkan dengan berita terkini. Ini bagi memastikan blog yang dihasilkan tidak ketinggalan zaman dan mengikut isu semasa terkini. Perkataan dan struktur ayat yang digunakan juga perlu ringkas dan tidak berbelit-belit. ini bagi memudahkan pembaca untuk memahami sesuatu cerita yang ditulis. Penulis juga perlu menggunakan perkataan yang gramatis dalam penulisan supaya dapat menarik minat pembaca untuk membaca dan memahami dengan mudah. Penulis perlu menghasilkan cerita yang dapat berkomunikasi dengan pembaca agar dapat menarik minat pembaca untuk membaca. Penulisan juga hendaklah mempunyai moral dan nilai estetika agar penulisan yang dihasilkan dapat memberi pengajaran kepada pembaca. Akhir sekali, penulisan yang dihasilkan dapat memberi ilmu pengetahuan baharu kepada pembaca yang membaca sesuatu blog.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2014), Eh!! Media Sosial Noraien Mansor, Normaliza Abd Rahim (2019)

BBM3410Satu2020: Tentang Diri



Assalamualaikum dan hai semua... nama saya Siti nurmunirah binti samsuddin. nama gelaran saya ialah Munirah. Saya berumur 22 tahun dan merupakan pelajar Universiti Putra Malaysia. Saya mengambil jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu. Saya berasal dari Kelantan. Secara lebih terperinci  saya dilahirkan di Hospital Tumpat, Kelantan. Saya juga mempunyai empat adik-beradik dan merupakan anak kedua daripada empat adik beradik. Saya mempunyai seorang abang dan seorang adik lelaki dan perempuan. Adik perempuan saya juga turut belajar di UPM dan mengambil jurusan Kesusasteraan Melayu. Saya sangat suka menulis dan membaca buku serta melihat keindahan alam semula jadi. Sekian sahaja perkongsian daripada saya. sekian terima kasih...