Friday, July 17, 2020

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Assalamualaikum.. Ini merupakan tugasan terakhir bagi subjek Multimedia Dalam Bahasa iaitu menghasilkan kalendar 2021. Terlebih dahulu saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai proses-proses untuk menghasilkan kalendar di bawah ini. Proses pertama adalah saya perlu install Adobe Photoshop di dalam laptop. Selepas saya install photoshop ini saya perlu melihat tutorial untuk menggunakan photoshop terlebih dahulu kerana saya belum mahir menggunakan aplikasi ini. setelah saya melihat tutorial tersebut, saya mula untuk menghasilkan kalendar dengan membuat muka hadapan kalendar terlebih dahulu. Pada tahap ini saya menghadapi masalah untuk mengedit gambar untuk diletakkan di dalam kalendar. Oleh itu, saya terpaksa melihat semula tutorial di dalam youtube. akhirnya saya menjadi mahir untuk mengedit gambar. Proses untuk menghasilkan kalendar seterusnya adalah saya perlu meletakkan latar belakang terlebih dahulu. Saya perlu mencari gambar latar belakang yang mempunyai resolution yang tinggi supaya gambar yang dihasilkan tidak pecah. Selepas itu, proses untuk memasukkan kalendar dilakukan mengikut bulan dari bulan januari sehingga disember. Di dalam kalendar ini juga, saya perlu memasukkan kata-kata hikmah supaya kalendar yang dihasilkan menjadi lebih menarik. Ia juga menjadi pembakar semangat kepada saya apabila melihat kalendar ini nanti. Proses terakhir adalah saya perlu memasukkan gambar iaitu gambar bersama keluarga atau kawan-kawan. ini bertujuan sebagai tanda kenang- kenangan dan penghargaan kepada orang yang tersayang.

























Sunday, June 14, 2020

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1


MODEL PENCERITAAN NILAI SOSIAL CERITA KANAK-KANAK


LIRIK LAGU 1 : KELUARGA

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budu pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama 
semasa saya memerlukan mereka

Logo ini menggambarkan sebuah keluarga yang bahagia. Mereka mempunyai tiga orang anak iaitu dua orang perempuan dan seorang lelaki. Anak bongsu mereka merupakan lelaki dan mereka sangat memanjakan anak lelaki mereka. Anak-anak mereka sangat menyayangi kedua ibu bapa mereka. Anak perempuan mereka pula suka menolong ibu bapa mereka pada setiap hari. Mereka berhati- hati menjaga budi pekerti mereka supaya menjadi anak yang baik. Mereka juga sentiasa bersama dan  saling tolong-menolong sekiranya terdapat masalah. Mereka juga sentiasa membantu sekiranya saya memerlukan mereka. Inilah keluarga bahagia saya. Saya sayang kelurga saya.


RUJUKAN:

Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi (2019), Normaliza Abd Rahim. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu

PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

Antara perbezaan kajian dalam bab facebook dan twitter adalah:

1) Facebook ialah satu alat yabg berkesan untuk interaksi plajar terutama sekali dalam perbincangan aktiviti berkaitan tugas mereka serta aktiviti tidak berkaitan tugas manakala twitter mudah untuk diakses, pantas, efisyen dan membekalkan informasi terkini. 

2) Facebook sebagai medium untuk berkomunikasi serta penglibatan lebih luas dalam proses pembelajaran khususnya dalam kemahiran menulis dan membaca manakala twitter digunakan untuk mendapatkan maklumat.

3) Facebook membantu guru untuk menggabungkan suruhan dalam talian teknik mengajar konvensional iaitu secara bersemuka dengan jayanya manakala twitter digunakan untuk mendapatkan berita terkini dan memberi kesan yang besar kepada kehidupan semua orang.

4) Facebook merupakan satu cara untuk berkomunikasi dan digunakan bagi tujuan pembelajaran tidak formal, tetapi ia bukan satu alat untuk pengajaran formal manakala Kajian dalam bab twitter yang dijalankan oleh Borau, Ullrich, Feng & Shen (2009) menyatakan bahawa mata pelajaran dalam kajian menggunakan twitter supaya dapat melatih kecekapan komunikatif dan kebudayaan.

5)Facebook dapat mencerminkan contoh pengajian yang baik kerana penglibatan aktif bersama penggunanya manakala twitter dapat membantu orang ramai dengan memudahkan kerja harian mereka.

RUJUKAN:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2010), Eh!!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.



PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)



      RUJUKAN :

Multimedia dalam bahasa. (2019). Normaliza Abd Rahim, Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Thursday, June 11, 2020

AKTIVITI IMPLIKASI PEDAGOGI

BAB 8







RUJUKAN:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.




CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5


CERITA SOSIAL 5


Terdapat 3 nilai yang saya dapati dalam cerita sosial 5 iaitu nilai kerajinan, nilai pemurah dan nilai mengambil berat. nilai kerajinan diperoleh apabila Alim mempunyai baca buku cerita yang diperoleh daripada ibu dan bapanya. oleh itu, pada waktu petang dan malam Alim akan sentiasa membaca buku cerita tersebut. dia juga sangat suka membaca membuku cerita. Tambahan pula, Alim juga suka mengemas buku dan  menyusun buku mengikut abjad. nilai kedua yang saya perolehi adalah pemurah. Alim seorang yang pemurah. hal ini dapat dilihat apabila dia sentiasa berkongsi apa yang dia ada dengan Sulaiman iaitu jiran sebelah rumahnya. akhir sekali, nilai ketiga yang saya peroleh adalah mengambil berat. nilai ini dapat dilihat apabila ketika Alim jatuh sakit, abang, kakak dan adik cuba untuk bercakap dengan Alim tetapi Alim hanya mendiamkan diri. selain itu, adiknya juga selalu bertanya kepada ibunya tentang keadaan Alim. abang dan kakak sedih melihat keadaan Alim yang sedang sakit. mereka berdoa supaya Alim cepat sembuh.

RUJUKAN:

Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi (2019). Normaliza Abd Rahim. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.


ANIMASI, DRAMA DAN FILEM (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)



ANIMASI, DRAMA DAN FILEM


RUJUKAN:

Multimedia dalam bahasa. (2019). Normaliza Abd Rahim, Penerbit Universiti Putra Malaysia.