Sunday, June 14, 2020

PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

Antara perbezaan kajian dalam bab facebook dan twitter adalah:

1) Facebook ialah satu alat yabg berkesan untuk interaksi plajar terutama sekali dalam perbincangan aktiviti berkaitan tugas mereka serta aktiviti tidak berkaitan tugas manakala twitter mudah untuk diakses, pantas, efisyen dan membekalkan informasi terkini. 

2) Facebook sebagai medium untuk berkomunikasi serta penglibatan lebih luas dalam proses pembelajaran khususnya dalam kemahiran menulis dan membaca manakala twitter digunakan untuk mendapatkan maklumat.

3) Facebook membantu guru untuk menggabungkan suruhan dalam talian teknik mengajar konvensional iaitu secara bersemuka dengan jayanya manakala twitter digunakan untuk mendapatkan berita terkini dan memberi kesan yang besar kepada kehidupan semua orang.

4) Facebook merupakan satu cara untuk berkomunikasi dan digunakan bagi tujuan pembelajaran tidak formal, tetapi ia bukan satu alat untuk pengajaran formal manakala Kajian dalam bab twitter yang dijalankan oleh Borau, Ullrich, Feng & Shen (2009) menyatakan bahawa mata pelajaran dalam kajian menggunakan twitter supaya dapat melatih kecekapan komunikatif dan kebudayaan.

5)Facebook dapat mencerminkan contoh pengajian yang baik kerana penglibatan aktif bersama penggunanya manakala twitter dapat membantu orang ramai dengan memudahkan kerja harian mereka.

RUJUKAN:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2010), Eh!!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.



No comments:

Post a Comment