Thursday, June 11, 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5


CERITA SOSIAL 5


Terdapat 3 nilai yang saya dapati dalam cerita sosial 5 iaitu nilai kerajinan, nilai pemurah dan nilai mengambil berat. nilai kerajinan diperoleh apabila Alim mempunyai baca buku cerita yang diperoleh daripada ibu dan bapanya. oleh itu, pada waktu petang dan malam Alim akan sentiasa membaca buku cerita tersebut. dia juga sangat suka membaca membuku cerita. Tambahan pula, Alim juga suka mengemas buku dan  menyusun buku mengikut abjad. nilai kedua yang saya perolehi adalah pemurah. Alim seorang yang pemurah. hal ini dapat dilihat apabila dia sentiasa berkongsi apa yang dia ada dengan Sulaiman iaitu jiran sebelah rumahnya. akhir sekali, nilai ketiga yang saya peroleh adalah mengambil berat. nilai ini dapat dilihat apabila ketika Alim jatuh sakit, abang, kakak dan adik cuba untuk bercakap dengan Alim tetapi Alim hanya mendiamkan diri. selain itu, adiknya juga selalu bertanya kepada ibunya tentang keadaan Alim. abang dan kakak sedih melihat keadaan Alim yang sedang sakit. mereka berdoa supaya Alim cepat sembuh.

RUJUKAN:

Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi (2019). Normaliza Abd Rahim. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.


No comments:

Post a Comment