Friday, July 17, 2020

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Assalamualaikum.. Ini merupakan tugasan terakhir bagi subjek Multimedia Dalam Bahasa iaitu menghasilkan kalendar 2021. Terlebih dahulu saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai proses-proses untuk menghasilkan kalendar di bawah ini. Proses pertama adalah saya perlu install Adobe Photoshop di dalam laptop. Selepas saya install photoshop ini saya perlu melihat tutorial untuk menggunakan photoshop terlebih dahulu kerana saya belum mahir menggunakan aplikasi ini. setelah saya melihat tutorial tersebut, saya mula untuk menghasilkan kalendar dengan membuat muka hadapan kalendar terlebih dahulu. Pada tahap ini saya menghadapi masalah untuk mengedit gambar untuk diletakkan di dalam kalendar. Oleh itu, saya terpaksa melihat semula tutorial di dalam youtube. akhirnya saya menjadi mahir untuk mengedit gambar. Proses untuk menghasilkan kalendar seterusnya adalah saya perlu meletakkan latar belakang terlebih dahulu. Saya perlu mencari gambar latar belakang yang mempunyai resolution yang tinggi supaya gambar yang dihasilkan tidak pecah. Selepas itu, proses untuk memasukkan kalendar dilakukan mengikut bulan dari bulan januari sehingga disember. Di dalam kalendar ini juga, saya perlu memasukkan kata-kata hikmah supaya kalendar yang dihasilkan menjadi lebih menarik. Ia juga menjadi pembakar semangat kepada saya apabila melihat kalendar ini nanti. Proses terakhir adalah saya perlu memasukkan gambar iaitu gambar bersama keluarga atau kawan-kawan. ini bertujuan sebagai tanda kenang- kenangan dan penghargaan kepada orang yang tersayang.

























No comments:

Post a Comment