Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK













BBM3410Stu2020: ASAS GRAFIK


Elemen asas grafik terbahagi kepada lima iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.

1. Mudah
    Mudah merujuk kepada apabila seseorang melihat sesuatu gambar atau foto, mereka mudah untuk      memahami gambar atau foto tersebut. Mudah juga dilihat apabila mesej yang ingin disampaikan          oleh suatu gambaran dapat difahami dengan mudah oleh seseorang tanpa keraguan atau kekeliruan.
    Contohnya, sekeping foto sebuah rumah banglo berwarna kuning yang terletak di atas bukit.                seseorang yang melihat foto tersebut akan faham bahawa foto itu ialah sebuah rumah berwarna            kuning.

2. Warna
    Warna merujuk kepada gabungan beberapa warna ataupun satu warna dalam sesuatu gambar atau        video. pemilihan warna pada sesuatu gambar atau video ditentukan berdasarkan mesej yang ingin        disampaikan.
    contohnya, sekeping foto sebuah basikal yang berwarna merah dan disertai dengan latar belakang        sawah berwarna hijau. terdapat warna awan berwarna jingga menunjukkan waktu senja. foto ini          jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang memfokuskan basikal, sawah dan awan.

3. Teks
    Pemilihan jenis dan saiz font perlulah sesuai bagi tujuan pemahaman terhadap grafik. mesej yang        ditulis dengan baik mestilah menggunakan teks yang sesuai untuk menggambarkan persepsi                terhadap grafik tersebut.
    contohnya, iklan produk kecantikan disertai dengan teks "Jelita tanpa mengira usia" memberi              persepsi tentang produk kecantikan itu. teks tersebut perlulah ditulis dengan besar dan                          menggunakan jenis font yang sesuai untuk menarik minat pembeli untuk membelinya.

4. Kesesuaian
    Grafik yang dipilih mestilah sesuai dengan latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat              dalam foto ataupun video. elemen yang digunakan juga mestilah bersesuaian dengan tema dan            latar yang digunakan.
    contohnya, beberapa orang kanak-kanak sedang bermain bola sepak di padang dengan berkaki            ayam serta raut wajah mereka yang sedang ketawa. langit yang hampir gelap menunjukkan                  waktu sudah senja.

5. Keseimbangan
    Ruang yang terdapat dalam foto perlulah seimbang sama ada ruang di kiri dan kanan serta atas dan      bawah. grafik perlulah disusun seimbang sama ada berada di kiri ataupun kanan supaya grafik            dapat disampaikan dengan baik.
    contohnya, ruang sebelah kiri gambar terdapat lima batang pokok kelapa seimbang dengan                  beberapa buah rumah perkampungan nelayan di sebelah kanan gambar. di sebelah atas pula                terdapat awan  yang luas berwarna biru serta sekawan burung yang sedang berterbangan manakala      di sebelah bawah pula terdapat padang rumput berwarna hijau yang luas. maka, lima batang pokok      kelapa seimbang dengan beberapa buah rumah perkampungan nelayan serta awan seimbang                dengan rumput yang luas.




Rujukan :
Multimedia dalam Bahasa. (2019).  Normaliza Abd Rahim. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
 

Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: ANALISIS WACANA KRITIS


VanDijk (1977) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) teori ini dibahagikan kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. struktur makro merupakan makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada tema suatu teks. selain itu, superstruktur  merupakan kerangka suatu teks seperti pendahuluan, isi dan penutup. seterusnya, struktur mikro pula merupakan makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks.


Struktur Makro


Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/tema suatu teks


Superstruktur

Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan


Struktur Mikro

Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks


Rajah 1 :  Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)


Rujukan : 
Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi (2019). Normaliza Abd Rahim. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOTT (1997)


Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Strategi Pengelakan atau Pengurangan
1. Pengabaian/Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik

Achievement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau strategi Pampasan
3. Parafrasa
4.Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-Coinage)
7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/Appreal for help Stalling

Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/ Use of fillers/ strategi penanda (hesitation devices)

Rajah 7: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

                  Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) (Rajah7) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan tolik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/ penjelasan/ pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan  yang tiada makna dan strategi petanda. Menurut Dornyei  & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengekalan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi penambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi.

         Taksonomi Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengekalan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesej merujuk kepada penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantic yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi seterusnya ialah penggunaan perkataan semua tujuan bermaksudpenggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik manakala ciptaan perkataan baharu meruakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikel bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula adalah peninggalan mesej yang disebabkan oleh bahasa kekangan, menyambung mesej dengan mengubah dari struktur asal ayat.  Terjemahan literal adalah terjemahan sesuatu kata, bahasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran.  Seterusnya, pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubahsuai secara fonologi atau morphologi ke bahasa sasaran dan kod pertukaran bermaksud penggunaan kata atau frasa dari bahasa lain dalam penulisan.  Penggunaan kata yang tidak dapat difahami atau digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa-apa perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna. 

              Merujuk kepada strategi komunikasi oleh Tarone (1977), Faerch & Kasper (1983), Johnstone (1989) dan Dornyei & Scott (1997) mendapati bahawa terdapat penaikbaik dan dicadangkan dengan strategi baru.  Oleh itu, kajian ini telah merujuk kepada komunikasi strategi di atas dan menambah pendekatan strategi komunikasi yang baru.  Pendekatan strategi kounikasi yang baru ini telah terbukti dengan kajian dalam buku ini.  Pendekatan strategi yang baru merujuk kepada singkatan, penafiarvpercanggahan, persoalan, perujuk, imaginasi dan kesopanan.  Enam strategi ini tidak terdapat dalam komunikasi strategi oleh Tarone 11977), Faerch & Kasper (19831, Johnstone (1989 dan Dornyei & Scott (19971). Strategi komunikasi ini dilihat sesuai dengan kajian yang dilakukan.

              Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), pendekatan strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengekalan atau pengurangan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Pengasingan ini membolehkan kita membezakan dengan strategi yang lain. strategi ini penting untuk mengelakkan daripada menulis sesuatu topik sekiranya tidak mengetahui sesuatu perkataan. Melalui penghampiran, perkataan yang semantiknya sama dengan perkataan sasaran boleh digunakan. Penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat boleh digunakan. Selain itu, melalui penstrukturan semula, peninggalan mesej disebabkan kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat juga boleh digunakan.




Rujukan :
Kajian wacana dan Strategi komunikasi Teori dan Aplikasi (2019). Normaliza Abd Rahim. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.


BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

 

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), antara manfaat penggunaan instagram adalah membantu mereka dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek instagram pengguna lain dalam akaun Instagram mereka. Selain itu, cerita pendek Instagram telah memberi mereka peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan juga berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram lain. seterusnya, subjek kajian dapat mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek Instagram. di samping itu, Instagram dapat meningkatkan penggunaan teknologi. seterusnya, pelajar sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dang kongsi pengetahuan mereka. bagi pengajar, cerita pendek Instagram akan meembantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. penggunaan instagram juga dapat berkongsi pengetahuan kepada orang lain dengan mencipta aura positif. 

Rujukan/Bibliografi

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG




Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abdul Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan blog iaitu Pengajian Kesusasteraan, Pembelajaran bahasa dan Pembelajaran Multimedia. Keputusan  kajian bagi penulisan blog di dalam Pengajian Kesusasteraan menunjukkan bahawa responden suka menulis pantun di blog mereka. selain itu, kebanyakan responden wanita dalam kajian ini, suka membaca pantun berunsur romantik kerana mereka membayangkan pantun berkenaan didedikasikan untuk mereka. responden juga suka menulis cerpen pendek dalam blog. responden menyatakan bahawa menulis cerpen pendek membolehkan mereka berlatih menggunakan bahasa. di samping itu, responden juga suka menulis skrip dalam blognya. ini kerana responden memperoleh keyakinan dengan menulis skrip dalam bahasa sasaran. responden turut bermotivasi apabila mereka tahu skrip mereka dibaca oleh orang lain melalui blog. seterusnya, keputusan kajian bagi penulisan blog dalam pembelajaran bahasa menunjukkan responden suka menulis surat di dalam blognya, responden menyatakan bahawa dengan menulis surat, ia membantu meningkatkan keyakinan mereka untuk menulis. selain itu, responden sangat berminat menulis teka-teki di dalam blognya. responden suka menulis teka-teki untuk orang ramai menyelesaikannya dan teruja serta terkejut apabila menerima komen daripada orang lain berkaitan teka-teki responden menyatakan bahawa mereka menggunakan blog untuk menulis secara peribadi di samping untuk meluahkan perasaan. kebanyakan responden lelaki tidak begitu peduli untuk membaca blog rakan mereka tetapi lebih suka menulis berkenaan perasaan mereka terhadap permainan bola sepak atau berkenaan kehidupan di universiti. akhir sekali, keputusan kajian bagi penulisan blog dalam pembelajaran multimedia menunjukkan responden teruja untuk menyiarkan klip video di dalam blog mereka. tambahan pula, video yang mereka pilih merupakan kegemaran mereka dan mereka juga menonton video daripada blog rakan mereka. selain itu, responden sangat suka meletakkan audio di blog mereka.  responden juga menyatakan mereka menyukai lagu sentimental namun berbeza dengan responden lelaki yang menyatakan lagu tekno boleh membuatkan mereka berfikir dengan aktif dan menulis dengan kreatif. selain itu, responden juga sangat teruja untuk menyiarkan gambar di blog. gambar dalam blog membantu responden meningkatkan motivasi mereka untuk menulis dengan lebih banyak.

Rujukan/Bibliografi

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu