Thursday, May 7, 2020

BBM3410Satu2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA




Rujukan : Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 3 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

                                    


Nilai pertama yang saya peroleh daripada cerita sosial 3 ialah nilai tolong-menolong. hal ini dapat dilihat apabila adik-beradik Alim akan menolong membuat kerja rumah pada setiap hari. tambahan pula, Alim juga sentiasa menolong ibu bapanya seperti mengutip mainan yang bertaburan di atas lantai. hal ini kerana, adik perempuan Alim selalu lupa untuk mengemas permainan setelah bermain. manakala Alim pula akan sentiasa menyimpan semula permainan setelah bermain. ini menyebabkan ibu dan bapa Alim akan berterima kasih kepada Alim kerana menolong mereka mengemas rumah. selain itu, nilai kedua ialah nilai bersabar. hal ini demikian kerana, pada setiap hari Alim akan cuba untuk memahami kerja seharian di rumah. walaupun kerja yang dilakukannya dianggap susah namun dia selalu belajar untuk bersabar dan tetap rajin bekerja. malahan, ibu dan bapanya juga sentiasa memberi dorongan kepadanya dalam melakukan kerja rumah. ini dapat dilihat apabila dia sentiasa belajar untuk menolong abang, kakak dan ibu bapanya. walaupun kerja yang dilakukan agak berat namun dia tetap sabar untuk menolong orang yang dia sayangi. seterusnya, nilai ketiga ialah nilai penyayang. nilai ini dapat dilihat juga apabila Alim sangat menyayangi keluarganya. dia juga sangat merindui keluarganya setiap hari. Alim tahu bahawa keluarga adalah sangat penting untuknya.

Rujukan: Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi (2019). Normaliza Abd Rahim. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.


Wednesday, May 6, 2020